MAKLUMAT SEKOLAH
LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Taman Muda mula ditubuhkan pada bulan Januari 1987. Peringkat awal penubuhannya adalah bertempat di SRK Kampung Cheras Baru hanya pada sesi petang. Bilangan murid-murid pada masa itu adalah seramai 142 orang yang merupakan pelajar dari SRK Kampung Cheras Baru dan yang tinggal di kawasan taman-taman perumahan berdekatan Taman Muda.
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Sekolah kebangsaan Taman Muda akhirnya berjaya dipindahkan ke bangunan sendiri (seperti sekarang) pada bulan April 1987. Peringkat awal perpindahan, sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat dan sebuah kantin. Ia meliputi 18 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, sebuah pusat sumber dan 5 buah stor / bilik serbaguna. Kemudian, bangunan sekolah ini bertambah dengan 2 blok setingkat 3 bilik dan sebuah blok setingkat 2 bilik. Pada tahun 1995, sebuah bangunan blok baru 3 tingkat telah dibina yang menempatkan 12 bilik darjah. Penghujung tahun 1999, sebuah bilik komputer (Bilik Bestari) telah berjaya diwujudkan bagi menempatkan beberapa komputer untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Bilik bestari ini telah dilengkapi dengan rangkaian networking dan internet dan yang terkini WIFI.
PERKEMBANGAN SEKOLAH
Sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya sejak mula ia ditubuhkan. Pada awalnya hanya terdapat sebanyak 13 buah kelas dengan pelbagai aliran dari tahun 1 hingga tahun 6. Bilangan tenaga pengajar pula adalah seramai 17 orang termasuk Guru Besar. Pada tahun 2009, jumlah murid telah meningkat kepada 1247 orang murid dan 69 orang guru termasuk Guru Besar,tiga orang Guru Penolong Kanan dan seorang Penyelia Petang. Adalah dijangkakan bilangan murid dan guru akan bertambah dari masa ke semasa berikutan perkembangan pesat kawasan perumahan sekitarnya.

SLOGAN
"...Satu Aspirasi Satu Agenda Mengungguli Prestasi SK Taman Muda 1"
MOTTO
"Semangat Kental Terus Membara"
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
DASAR KUALITI
SK Taman Muda bertekad untuk memastikan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan dilaksanakan secara profesional, efisien dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja sepasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan ssecara menyeluruh dan berterusan.